Thiago Alcantara. FOTO AFP
Thiago Alcantara. FOTO AFP
AFP

LIVERPOOL dalam beberapa laporan hari ini hampir mengikat perjanjian bersama Bayern Munich membabitkan perpindahan pemain tengah, Thiago Alcantara.

Skuad juara Liga Perdana Inggeris kendalian Jurgen Klopp mengadakan rundingan dengan skuad juara Liga Juara-Juara musim lalu itu selepas dikait rapat dengan perancang tengah Sepanyol itu.

Difahamkan Liverpool dijangka membayar perpindahan sekitar £20 juta (RM107 juta) bagi pemain yang masih mempunyai baki kontrak setahun di Bayern, disamping beberapa faedah lain yang bakal menyusul.

Thiago, 29, terlepas sesi latihan Bayern Munich hari ini menurut laporan di Jerman.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu menyertai Bayern dari Barcelona pada 2013 dan beraksi ketika membantu pasukan itu mencatat kemenangan ke atas Paris Saint-Germain pada final Liga Juara-Juara.

Terdapat juga laporan menyatakan perpindahan Thiago akan bergantung kepada masa depan pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum.

Pemain Belanda itu, yang berada di penghujung baki kontrak di Anfield dan dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona sehingga mendorong Liverpool mengikat Thiago.

Thiago menjadi pemain kedua yang ditandatangani Liverpool selepas The Reds menandatangani pemain pertahanan kiri dari Greece, Kostas Tsimikas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 7:40 PM