Bella bersama suaminya, Aliff Aziz.
Bella bersama suaminya, Aliff Aziz.

Kuala Lumpur: "Saya sangat berharap awak dapat lagu Tamil atau opera. Tapi kalau awak boleh nyanyi nanti orang kata senang juga."

Itu pesanan isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang secara sinis menyindir netizen kerana tidak menyukai suaminya dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Terdahulu Aliff diumum menjadi peserta kedua yang layak ke peringkat separuh akhir GV8 yang bakal berlangsung Ahad ini.

"Syukur Alhamdulillah dapat rezeki untuk ke separuh akhir GV 8. Bangga sama kamu sayang. Hanya buat yang terbaik.

"Buat yang terbaik pun ada yang tak suka apatah lagi kalau ada tersilap. Lumrah kehidupan. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Abaikan dan 'move on'," katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Bella juga pelakon berkata, suaminya sudah menyanyikan setiap lagu dengan penuh keikhlasan.

"Rezeki Allah SWT sudah susun dan tetapkan. Kita hanya menjalani. Yang penting setiap lagu yang awak dapat awak buat dengan ikhlas dan jujur ya," katanya.

Pada peringkat suku akhir kelmarin, Aliff menyanyikan lagu Rapuh nyanyian asal Nastia dengan markah keseluruhan 76.80 peratus.

Dalam pada itu, penyanyi Suki Low kembali muncul sebagai juara mingguan dengan markah 78.90 peratus menerusi lagu You Are My Everything.

Sementara itu, pasangan duo SA.YA yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin diumum tersingkir selepas memperoleh markah terendah 58.20 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 8:17 AM