Penyerang Liverpool, Diogo Jota (tiga dari kiri) meraikan jaringan berdepan Sheffield United pada aksi Liga Perdana di Anfield. FOTO AFP
Penyerang Liverpool, Diogo Jota (tiga dari kiri) meraikan jaringan berdepan Sheffield United pada aksi Liga Perdana di Anfield. FOTO AFP
AFP

Liverpool: Jurgen Klopp memuji kemampuan pemain Liverpool menangkis "ketidakadilan" ketika juara Liga Perdana bangkit mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Sheffield United, pagi ini.

Skuad kendalian Klopp dikejutkan menerusi jaringan penalti kontroversi babak pertama disempurnakan Sander Berge di Anfield, dengan skuad Reds kecewa apabila tayangan VAR memberikan sepakan itu sekalipun Fabinho dilihat melakukan kesalahan di luar kawasan kotak penalti

Namun Roberto Firmino menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat dan penyerang Portugal, Diogo Jota sekali lagi menjadi penyelamat dengan gol kedua sejak menandatangani dari Wolves pada September lalu.

Selepas kehilangan Virgil van Dijk yang mengalami kecederaan lutut serius pada pertembungan tetangga Merseyside dengan keputusan seri berdepan Everton minggu lalu, skuad Reds membuktikan mereka mampu beraksi baik tanpa pertahanan tengah Belanda berpengaruh itu.

"Penalti yang diberikan itu bukan satu kesalahan. Sepanjang musim ini terlalu banyak perbezaan tempoh, kami berdepan ketidakadilan dan kami perlu berhadapannya sekali lagi," kata Klopp.

"Saya suka perlawanan ini. Anda perlu bekerja keras. Anda mendapat perlawanan mudah apabila ia mengikut cara anda pada malam seperti ini."

Kemenangan tipis 1-0 pada saingan Liga Juara-Juara ke atas Ajax minggu lalu menampakkan aksi goyah Liverpool.

"Kami bergelut mengekang kemaraan (Oli) McBurnie pada separuh masa pertama tetapi kami menukar posisi dan memenangi kedudukan seterusnya. Kami menguasai permainan ketika 2-1 dan mempunyai permainan bola sepak yang baik sebelum lawan menunjukkan kebangkitan," kata Klopp.

"Mereka tidak pernah putus asa, saya sangat kagum. Mereka terus mara dan memberi tekanan. Chris (Wilder, jurulatih Sheffield United) melakukan tugas yang cemerlang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 7:45 AM