SYAHMI  Adib bakal menggalas tanggungjawab menjaga gawang Negeri Sembilan musim ini.
SYAHMI Adib bakal menggalas tanggungjawab menjaga gawang Negeri Sembilan musim ini.
Mohd Amin Jalil


Seremban: Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk terus menjadi medan menampilkan lebih ramai penjaga gol muda demi kemajuan bola sepak negara berterusan apabila Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Penjaga gol berbakat berusia 21 tahun itu disahkan bersama Negeri Sembilan apabila dipinjamkan oleh Selangor FC bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.

"Syahmi Adib antara pemain baharu bersama Negeri Sembilan musim ini. Syahmi dipinjamkan dari pasukan Bawah 23 Tahun Selangor FC dan dia mencatatkan sebanyak 928 minit permainan.

"Kami berharap Syahmi dapat menggunakan bakat serta kebolehan dan pengalamannya di pentas antarabangsa untuk memberikan sumbangan terbaik kepada Negeri Sembilan sekali gus membantu merealisasikan sasaran yang ditetapkan pasukan musim ini," kata jurucakap NSFC , hari ini.

Syahmi Adib adalah bekas penjaga gol skuad Bawah 19 Tahun kebangsaan (B-19) dan pernah beraksi pada Kejohanan Piala AFF sebelum ini.

Sementara itu, , Syahmi Adib yang memenangi dan pernah menjadi sebahagian skuad kebangsaan B23 tahun lalu mahu memastikan kehadirannya dalam skuad Hobin Jang Hobin dapat memperkukuhkan kekuatan skuad berkenaan khususnya di posisi penjaga gawang.

Dia akui Negeri Sembilan mempunyai banyak sejarah dalam saingan Liga M termasuk pernah menjulang kejuaraan Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2024 @ 9:35 PM