HOWE yakin ada sesuatu yang istimewa mampu diraih Newcastle musim ini. FOTO AFP
HOWE yakin ada sesuatu yang istimewa mampu diraih Newcastle musim ini. FOTO AFP
AFP

London: Eddie Howe yakin musim Newcastle masih boleh ditamatkan dengan 'sangat istimewa' walaupun kempen yang mengecewakan setakat ini tatkala dia mensasarkan kejayaan di Piala FA.

The Magpies, yang menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, tergelincir ke tangga kesembilan dalam liga selepas kekalahan suram 1-4 kepada Arsenal yang sedang memburu kejuaraan.

Musim ini menampilkan kemenangan sensasi mereka di Liga Juara-Juara ke atas Paris Saint Germain tetapi tetap tersingkir awal dari saingan Eropah dan kekalahan di suku akhir dalam Piala Liga.

Kelab itu, yang dibeli oleh konsortium yang disokong Arab Saudi pada 2021, melakukan transformasi selepas tidak memenangi trofi utama sejak 1969.

Tetapi bos Newcastle, Howe, yang sedang mempersiapkan pasukannya untuk aksi pagi Rabu menentang Blackburn di pusingan kelima Piala FA, berkata pemainnya masih boleh mencipta sejarah tersendiri.

"Kami masih dalam usaha untuk menentukan di mana musim ini akan berakhir," katanya.

"Saya pasti mahu menghilangkan perasaan bahawa kita berasa kasihan kepada diri sendiri kerana ia mempunyai konotasi negatif. Kami memerlukan pemain yang teruja dan bercita-cita tinggi, berfikir secara terang mengenai masa depan.

"Musim ini masih boleh menjadi sangat istimewa untuk kami, tetapi kami perlu merealisasikannya."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2024 @ 9:13 PM