HOWE akan membawa Newcastle menentang Manchester United dalam aksi akhir Piala Liga. -FOTO AFP
HOWE akan membawa Newcastle menentang Manchester United dalam aksi akhir Piala Liga. -FOTO AFP
AFP

London: Pengurus Newcastle Eddie Howe akan kembali ke Wembley awal pagi esok untuk memenangi perlawanan akhir Piala Liga menentang Manchester United sebagai penghormatan kepada mendiang ibunya.

Howe menyasarkan untuk menjulang trofi pertama Newcastle sejak Piala Inter-Cities Fairs 1969.

Bagaimanapun, ketika pemain berusia 45 tahun itu berjalan masuk ke padang Wembley dia akan mengingati kembali pada hari ibunya Anne membawanya ke stadium kebangsaan itu semasa kecil.

"Ibu saya membawa saya melawat sekitar Wembley ketika berusia lima, enam tahun, menjulang Piala FA palsu, berjalan keluar dengan suasana riuh rendah orang ramai. Dia berada di sana melakukan itu dengan saya," kata Howe.

"Peluang karier bola sepak saya semua bermula kerananya, sungguh, sudah tentu sepanjang minggu ini, saya akan banyak memikirkan tentang dia dan peranan yang dimainkannya dalam hidup saya.

"Tetapi kenangan semasa kecil, saya tidak pernah lupakan hari itu. Wembley bagi saya adalah tempat yang menakjubkan, tempat yang saya terdesak untuk kembali dalam beberapa kapasiti bola sepak."

Ibu Howe, yang meninggal dunia pada 2012 kerana sakit yang membesarkannya sendirian sambil melakukan beberapa pekerjaan untuk menyara keluarganya.

Dia akan kekal teguh dalam diri Howe di Wembley di mana pengendali Newcastle itu akan meminta tiga abang dan adik perempuannya menyokongnya di stadium berkenaan.

Etika kerja ibunya dan dedikasinya adalah sifat yang menurut Howe warisi olehnya.

"Saya akan katakan 99.9 peratus semuanya bergantung pada ibu saya kerana dia adalah pendorong saya semasa kecil," kata Howe.

"Dia adalah pengaruh yang besar dan besar kepada saya dan saya melakukan segala-galanya sekarang kerana dia."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2023 @ 8:30 AM