Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah pastinya tersenyum lebar apabila kerajaan menyediakan peruntukan baharu berjumlah RM5 juta atas kejayaan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan 3-3, malam tadi.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim peruntukan terbabit adalah hasil daripada penat lelah dan kesungguhan barisan pemain Harimau Malaya mempamerkan aksi memukau apabila bertemu pasukan yang berada di kedudukan ke-23 dunia pada terakhir kumpulan E di Stadium Al-Jonoub, Qatar.

Beliau berkata, menerusi dana yang disediakan itu juga dapat membantu meningkatkan lagi kualiti permainan skuad Harimau Malaya terutamanya dalam persediaan mengharungi kejohanan akan datang.

"Pasukan Harimau Malaya menunjukkan keupayaan kesungguhan dan semangat yang tidak lusuh walaupun sudah kalah dua pertarungan.

"Mereka menunjukkan satu perlawanan yang sangat menakjubkan dan hebat. Bertarung dengan satu pasukan yang kuat iaitu Korea Selatan.

"Jadinya, saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana menunjukkan semangat sedemikian. Pertimbangan Menteri Belia dan Sukan, kerajaan bersetuju meluluskan tambahan RM5 juta kepada FAM," katanya, ketika ditemui pada Majlis Makan Tengahari di sini, sebentar tadi.

ANWAR mengadakan pertemuan dengan syarikat Belanda Nexperia yang diketuai Zhang. FOTO Bernama
ANWAR mengadakan pertemuan dengan syarikat Belanda Nexperia yang diketuai Zhang. FOTO Bernama

Mengikut rekod, Malaysia yang tumbang dalam dua aksi awal sebelum ini tampil lebih bertenaga sepanjang 90 minit permainan di mana pada satu ketika anak buah Pan-gon berjaya mendahului dengan 2-1.

Reputasi skuad Taegeuk Warriors selaku pasukan Piala Dunia serta berada di kedudukan ranking ke-23 dunia tidak menggentarkan pemain negara yang tetap berjuang hingga wisel penamat sebelum Romel Morales muncul sebagai penyelamat dengan gol ketiga di masa kecederaan.

Kejayaan mengikat Korea Selatan ini sekurang-kurangnya mengubat duka kem negara untuk membawa pulang satu mata daripada edisi ke-18 ini.

Berita berkaitan:

RM5 juta bukan untuk 'enjoy'

Fifa kagum kebangkitan Harimau Malaya

Pan-gon mahu momentum diteruskan bagi kelayakan Piala Dunia 2026

Heung-min tabik Harimau Malaya

Umpama mimpi indah - Morales

'Siuuuu' hadiah buat anak dan peminat yang datang jauh

Saya tak jangka gol itu berlaku, semua rezeki daripada Allah - Faisal

Junior Eldstal nampak bergelut

'Hadiah terbesar buat penyokong' - Hannah

Dominic dah tak kena kecam

'Keputusan yang fantastik' - Pan-gon

'Malaysia tak patut dapat penalti' - Klinsmann

Harimau Malaya buat Korea sakit jantung

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 2:44 PM