VARANE (depan) tidak lagi diperlukan United.
VARANE (depan) tidak lagi diperlukan United.
Agensi

London: Manchester United membuat keputusan untuk tidak mengaktifkan klausa setahun lanjutan dalam kontrak Raphaël Varane, menurut sumber kepada ESPN semalam.

Ini bermakna pemain pertahanan itu boleh berunding dengan mana-mana kelab di luar Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula semalam dan berpotensi meninggalkan Old Trafford dengan perpindahan percuma pada musim panas.

Varane masih dianggap pemain utama oleh pengurus Erik ten Hag tetapi United enggan melanjutkan kontrak setahun pemain berusia 30 tahun itu yang bergaji lebih £300,000 (RM1.75 juta) seminggu sehingga Jun 2025.

Kontrak Varane sekarang berakhir Jun 2024 dan pendekatan sama juga diambil ke atas penjaga gol David De Gea yang meninggalkan kelab dengan perpindahan percuma pada musim panas lalu.

Varane dan De Gea antara pemain United bergaji paling tinggi selain Casemiro serta Jadon Sancho.

Marcus Rashford menyertai mereka selepas menandatangani kontrak baharu jangka panjang pada Julai dengan gaji £315,000 (RM1.84 juta) seminggu.

United dijangka melanjutkan kontrak setahun Victor Lindelöf dan Aaron Wan-Bissaka sekali gus kekal di Old Trafford sehingga 2025. Kontrak mereka berdua tamat musim panas depan. Their deals were due to expire next summer.

Anthony Martial turut mempunyai kontrak sehingga musim panas tetapi United enggan melanjutkanya sehingga 2025. Pemain berusia 28 tahun menjaringkan dua gol dalam 19 perlawanan musim ini tetapi tersisih daripada skuad utama sejak tiga minggu lalu.

United kembali beraksi menentang Wigan Athletic di Stadium DW dalam aksi pusingan ketiga Piala FA pada 8 Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2024 @ 8:37 AM