BRUNO Fernandes (kiri) dan Raphael Varane (kanan) ketika aksi pertemuan menentang Tottenham Spurs. -FOTO AFP
BRUNO Fernandes (kiri) dan Raphael Varane (kanan) ketika aksi pertemuan menentang Tottenham Spurs. -FOTO AFP
AFP

London: Manchester United mengesahkan bahawa Raphael Varane akan direhatkan selama sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring menambah lagi masalah kepada pertahanan Perancis itu di Old Trafford.

Varane terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika mereka melakarkan keputusan seri 202 menentang Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 28 tahun itu baru saja kembali bersama United ketika mereka menang menewaskan Tottenham selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika dia beraksi dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara.

Kini pemenang Piala Dunia itu berdepan satu lagi masalah dan akan diketepikan sekali lagi dan terlepas peluang diturunkan menentang Manchester City Sabtu ini dan beberapa perlawanan penting lain untuk kelab dan negara.

"Kelab mengesahkan Raphael mengalami kecederaan hamstring yang dijangka menghalangnya beraksi sekitar sebulan," kata United dalam satu kenyataan.

Ketiadaan Varane mendatangkan ancaman besar buat United yang bergelut di bahagian pertahanan pada sebahagian besar musim ini.

United melepaskan 13 gol dalam lima perlawanan terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 November 2021 @ 12:57 PM