Pertahanan Real Madrid, Raphael Varane dari Perancis. FOTO Agensi
Pertahanan Real Madrid, Raphael Varane dari Perancis. FOTO Agensi
AFP

London: Manchester United bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani pertahanan Perancis, Raphael Varane dari Real Madrid menurut beberapa laporan media Britain.

Varane menjadi sasaran sekian lama United, yang pada minggu lalu melengkapkan perpindahan bagi pemain sayap England, Jadon Sancho dari kelab Jerman, Borussia Dortmund dengan nilai £73 juta (RM425.9 juta).

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer menandatangani Varane pertahanan tengah Real selepas bersetuju dengan perjanjian yang dilaporkan bernilai £34 juta (RM198.3 juta) dan meningkat kepada £42 juta (RM245 juta) dengan tambah lain.

Varane, 28, pemain yang memenangi Piala Dunia 2018, mempunyai baki setahun lagi kontraknya di Bernabeu.

Dia berpindah dari kelab Perancis, Lens ke Madrid pada 2011 dan melakukan 360 penampilan dalam semua kejohanan buat Real, menang 18 kejuaraan utama - termasuk empat gelaran Liga Juara-Juara.

Varane beraksi di barisan pertahanan dan bakal bergandingan dengan kapten pasukan, Harry Maguire, Eric Bailly dan Victor Lindelof.

United menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu di tempat kedua tetapi ketinggalan 12 mata dengan juara dan seteru setempat, Manchester City dalam pemburuan mahkota juara di England.

The Red Devils tidak memenangi trofi utama sejak Liga Europa 2017 dengan kejuaraan Liga Perdana mereka hadir pada musim terakhir Alex Ferguson sebagai pengendali sebelum persaraannya lapan tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 7:51 PM