BARCOLA meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
BARCOLA meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
Reuters

Paris: Jaringan lewat, Randal Kolo Muani membantu Paris St Germain mencatat kemenangan 2-1 ke atas Nantes untuk meraih kemenangan kelapan berturut-turut Ligue 1 dan melebarkan kedudukan mereka di puncak liga.

PSG meningkat kepada 36 mata, enam mata di hadapan AS Monaco, yang menewaskan Stade Rennais 2-1.

"Kemenangan adalah dorongan yang hebat untuk apa yang akan datang. Ia sukar untuk kami tetapi kami bertahan dengan sangat baik dari minit pertama. Saya rasa kami cukup bagus untuk layak menang," kata pengurus PSG, Luis Enrique pada sidang akhbar.

Bradley Barcola membuka jaringan untuk PSG pada minit ke-41 apabila dia menemui ruang dalam kotak penalti selepas melakukan larian solo dari kiri, disusuli rembatan untuk gol pertamanya sejak menyertai PSG Ogos lalu.

"Kami mencari pemain seperti Barcola, pemain antarabangsa bawah 21 tahun tetapi dengan banyak kualiti, kerana kami sangat menyukainya," kata Enrique.

"Dia adalah pemain masa kini dan masa depan kelab. Kami suka pemain muda yang boleh datang ke kelab untuk mengetahui bahawa kami akan memberi mereka keyakinan dan mereka akan bermain. Dia menjaringkan gol yang hebat dan bermain permainan yang luar biasa."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 10:38 AM