FANDI mengingatkan pemain supaya berwaspada dengan prestasi terkini PDRM FC. FOTO ARKIB NSTP
FANDI mengingatkan pemain supaya berwaspada dengan prestasi terkini PDRM FC. FOTO ARKIB NSTP
Asrol Awang


Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui PDRM FC berada pada prestasi terbaik apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Rabu ini.

Justeru, legenda bola sepak Singapura itu berkata, kejayaan The Cops yang layak ke final Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memerlukan skuad Tok Gajah lebih berwaspada.

"Biarpun mereka tanpa pemain bintang, dengan prestasi semasa yang terbaik, saya katakan kepada pemain supaya memberikan persembahan terbaik untuk memastikan kemenangan milik Sri Pahang.

"Ini kerana Sri Pahang tidak boleh terlepas tiga mata di halaman sendiri dengan berbaki empat perlawanan sahaja lagi jika mahu menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok lima pasukan terbaik.

"Kami harus menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengesahkan kemenangan, biarpun saya menjangkakan saingan getir bakal dihadapi pemain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2023 @ 9:20 PM