NKETIAH merembat bola ketika aksi Liga Europa menentang Bodo/Glimt. FOTO Reuters
NKETIAH merembat bola ketika aksi Liga Europa menentang Bodo/Glimt. FOTO Reuters
Reuters

London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata, penyerang Eddie Nketiah menunjukkan beberapa peningkatan luar biasa sejak kebelakangan ini namun masih ada ruang untuk diperbaiki.

Nketiah meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-23 ketika menang 3-0 ke atas Bodo/Glimt dalam saingan Liga Europa, sebelum Rob Holding dan Fabio Vieira turut mencetak nama sebagai penjaring.

Nketiah, 23, meledak dua gol dan satu hantaran menghasilkan jaringan dalam 10 penampilan untuk semua kejohanan bersama Arsenal musim ini.

"Jelas sekali kerja keras, perwatakan dan aplikasinya adalah sangat fenomena namun dia mempunyai kemampuan semula jadi (menjaringkan gol) dengan melakukannya setiap masa.

"Saya sangat gembira untuk memilikinya di dalam pasukan. Dia mempunyai kualiti untuk bermain bersama pasukan ini dalam apa-apa peranan.

"Anda harus melihat apa yang anda lakukan lebih cemerlang namun anda boleh lakukannya dengan lebih baik. Itu tahap pemikirannya dan di situlah kita mahu membawanya.

"Di mana anda dapat lihat bagaimana dia berkembang tahun lalu atau dua tahun sebelum ini, dia masih lagi mempunyai ruang untuk terus mekar," katanya.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu akan menanti kunjungan Liverpool Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2022 @ 2:42 PM