RASHFORD (tengah) meraikan jaringan bersama penjaga gol United, David de Gea. FOTO AFP
RASHFORD (tengah) meraikan jaringan bersama penjaga gol United, David de Gea. FOTO AFP
Reuters

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford memiliki pakej untuk menjadi sehebat pemenang lima kali Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo, menurut pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Rashford menjaringkan gol ketika United menewaskan Manchester City 2-1 kelmarin sekali gus jaringan ke-10nya musim ini.

Pemain England berusia 22 tahun itu mengumpul 13 gol daripada 14 aksi terakhir bersama kelab dan negaranya dan menurut Solskjaer dia nampak persamaan pemain itu dengan penyerang Portugal, Ronaldo yang menjaringkan 118 gol dalam 292 penampilan bersama United pada 2003-2009.

"Sangat mudah membandingkan kedua-duanya, ya” kata Solskjaer. “Kedua-duanya memiliki skil, bentuk badan, sikap, karakter – semuanya. Dia memiliki setiap peluang untuk menjadi pemain hebat dunia dan kami berharap dia akan terus seperti ini.”

Rashford sebelum ini dikritik selepas kurang tajam di depan gawang lawan tetapi semakin berbisa di bawah kendalian Solskjaer yang menjaringkan 126 gol dalam 366 penampilan ketika beraksi bersama United.

Pengendali dari Norway itu berkata, banyak lagi impak yang bakal hadir dari Rashford.

"Selagi dia kekal positif dan pantas berfikir di depan gawang lawan, dia akan terus menjaringkan gol,” kata Solskjaer.

United yang kini menduduki tangga kelima Liga Perdana akan menentang kelab Belanda, AZ Alkmaar dalam aksi Liga Europa, awal pagi Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 12:07 PM