Pemain pertahanan England dan Liverpool, Trent Alexander-Arnold. FOTO Ihsan Twitter @TrentAA
Pemain pertahanan England dan Liverpool, Trent Alexander-Arnold. FOTO Ihsan Twitter @TrentAA
Agensi

London: Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold menarik perhatian peminat dengan memperagakan gaya rambut terbarunya di media sosial.

Alexander-Arnold ketika ini menjalani pemulihan daripada kecederaan paha yang menutup peluangnya mewakili England di Euro 2020.

Bagaimanapun, perhatian tertumpu kepada gaya rambut baharu pemain pertahanan kanan - dengan ramai dikalangan peminat mendakwa dia meniru gaya Kalvin Phillips.

Gaya rambut terbaharu Alexander-Arnold dikongsikan menerusi Twitter dan kelihatan beberapa gaya dandanan rambut yang kemas.

Gaya rambut itu dikaitkan dengan bintang Leeds United dan Three Lions, Kalvin Phillips - yang beraksi cemerlang bersama England pada aksi pembukaan perlawanan pasukan itu di Euro.

Gaya rambut Alexander-Arnold juga seakan-akan sama seperti pemain pertahanan kanan Chelsea dan England, Reece James.

Alexander-Arnold mengalami kecederaan paha pada aksi pemanas badan menjelang Euro ketika England mencatat kemenangan 1-0 ke atas Austria.

Imbasan mengesahkan dia mengalami kecederaan paha dan terpaksa disisihkan daripada kejohanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 9:17 PM