PEMAIN NSFC  Anselmo Da Silva (kiri) diasak pemain Selangor,  Fazly Mazlan  di Stadium Tuanku Abdul Rahman. FOTO Azrul Edham  STR/AZRUL EDHAM
PEMAIN NSFC Anselmo Da Silva (kiri) diasak pemain Selangor, Fazly Mazlan di Stadium Tuanku Abdul Rahman. FOTO Azrul Edham STR/AZRUL EDHAM
Mohd Amin Jalil

Seremban: "Kita tewas kepada pasukan yang lebih baik dan kita kena akui hakikat itu," kata ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan.

Negeri Sembilan gagal mempertahankan kelebihan yang mereka miliki apabila tunduk kepada Selangor FC, 0-4, dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Devan bagaimanpun berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang memberikan komitmen tinggi 100 peratus dalam perlawanan itu, walaupun gagal menjaringkan sebarang gol.

"Saya tak banyak nak ulas tentang komitmen pemain Negeri Sembilan kerana mereka telah berikan lebih 100 peratus, walaupun tiada gol yang dijaringkan tapi mereka melakukan serangan dan mencipta banyak peluang jaringan.

"Kemantapan serangan Selangor yang mempertaruhkan barisan pemain import berbanding kita menggunakan tenaga tempatan, menyebabkan mereka tidak dapat menyaingi lawan.

"Kita kena terima hakikat akan kelebihan dan kualiti dimiliki Selangor, tapi pemain saya tetap mencuba untuk mendapatkan gol sehingga ke saat terakhir perlawanan," katanya kepada media selepas tamat perlawanan.

Pengendali berpengalaman itu akui terdapat jurang besar antara skuad Hobin Jang Hobin dengan Red Giants, tapi pemain menunjukkan sikap positif dan kesungguhan tinggi.

Menurutnya, selain memiliki pemain import yang berwibawa, Selangor juga diperkuatkan dengan pemain tempatan bertaraf kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2023 @ 3:41 PM