JESUS terpaksa menjalani pembedahan lutut dan akan terlepas beberapa aksi awal musim bersama Arsenal. FOTO REUTERS
JESUS terpaksa menjalani pembedahan lutut dan akan terlepas beberapa aksi awal musim bersama Arsenal. FOTO REUTERS
AFP

London: Penyerang Brazil, Gabriel Jesus akan terlepas perlawanan permulaan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjalani pembedahan kecil, umum pengurus Arsenal, Mikel Arteta, malam tadi.

"Malangnya, dia menjalani pembedahan kecil pada hari ini," kata Arteta selepas Arsenal menang ke atas Monaco menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan persahabatan pramusim.

"Dia tidak selesa di bahagian lutut yang menyebabkan beberapa isu dan mereka mahu menyelesaikannya. Ia bukan masalah besar, tetapi saya fikir dia dijangka tersisih selama beberapa minggu.

"Ia tamparan hebat buat kami kerana dia sudah kembali ke tahap terbaik, terutama ketika beraksi menentang Barcelona dan dia dalam keadaan yang baik, tetapi kami kehilangannya," katanya.

Musim lalu, Jesus tidak dapat beraksi selama tiga bulan berikutan cedera lutut di Piala Dunia Qatar 2022 selepas beraksi cemerlang sejak berpindah dari Manchester City.

Arsenal akan berdepan juara EPL, City pada perlawanan Perisai Komuniti di Wembley, Ahad ini, sebelum memulakan kempen liga dengan melayan kunjungan Nottingham Forest pada 12 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2023 @ 8:27 AM