HAVERTZ (kanan) menjadi sasaran utama Arsenal. FOTO REUTERS
HAVERTZ (kanan) menjadi sasaran utama Arsenal. FOTO REUTERS
Agensi

London: Arsenal sedang bersiap sedia memecahkan rekod perbelanjaan kelab sebanyak £200 juta (RM1.19 bilion) minggu ini.

The Gunners akan melengkapkan pembelian Kai Havertz yang berharga £65 juta (RM386.47 juta), selepas pemeriksaan kesihatan pemain itu di Sepanyol hari ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta juga sedang berunding dengan West Ham untuk menandatangani Declan Rice pada harga £100 juta (RM594.57 juta).

Mereka juga yakin akan berjaya mencapai persetujuan dengan pemain Ajax, Jurrien Timber yang dinilaikan pada £50 juta (RM297.29 juta).

Arsenal sebelum ini menawarkan £30 juta (RM190.26 juta) untuk pemain 22 tahun itu tetapi bidaan mereka ditolak.

Perbelanjaan melebihi £200 juta (RM1.19 bilion) adalah rekod baharu Arsenal dalam satu jendela perpindahan.

Arsenal yang terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris di saat akhir, perlu mengukuhkan skuad mereka selepas Granit Xhaka, Cedric Soares dan Nicolas Pepe akan meninggalkan kelab.

Manakala Thomas Partey kini berada dalam radar kelab Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2023 @ 1:10 PM