KANTE bakal beraksi bersama Benzema di Ittihad.
KANTE bakal beraksi bersama Benzema di Ittihad.
AFP

Riyadh: Pemain tengah Perancis yang juga pemenang Piala Dunia N'Golo Kante menyertai juara Arab Saudi Al Ittihad, menurut kenyataan kelab awal pagi tadi sekali gus menyertai rakan senegara Karim Benzema.

"Kante kini pemain Ittihad!" menurut kelab di Twitter manakala pengerusinya Anmar al-Hailee berkata: "Selamat datang harimau baharu kami Kante," rujukan kepada gelaran pasukan.

Pemain tengah itu yang menjuarai Piala Dunia bersama Perancis pada 2018 muncul pemain ternama Eropah terbaru yang memilih beraksi di Arab Saudi.

Kariernya di peringkat kelab juga cemerlang apabila memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab bersama Chelsea selain meraih gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Leicester City dan The Blues.

"Kante mengikat kontrak tiga tahun dengan kelab," kata pasukan berpangkalan di Jeddah dalam kenyatan mereka, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2023 @ 8:59 AM