GUNDOGAN meraikan jaringannya bersama Jack Grealish (kanan). FOTO AFP
GUNDOGAN meraikan jaringannya bersama Jack Grealish (kanan). FOTO AFP
Agensi

London: Ilkay Gundogan menjaringkan gol terpantas dalam sejarah final Piala FA, hanya 13 saat perlawanan berlangsung ketika menentang Manchester United malam ini.

Gundogan meletakkan Manchester City di depan menerusi rembatan voli sensasi ketika permainan memasuki minit pertama yang sama sekali memerangkap penjaga gol David De Gea.

Jaringan terpantas dalam sejarah final Piala FA sebelum ini ialah gol Louis Saha untuk Everton ketika menentang Chelsea pada 2009 selepas 25 saat perlawanan berlangsung.

Ia sekali lagi detik cemerlang buat Gundogan yang sebelum ini meledak dua gol ketika menentang Everton dan dia meneruskan prestasi terbaiknya ketika menentang Man United di Stadium Wembley.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Jun 2023 @ 10:42 PM