AKSI antara Newcastle dan Villa. FOTO AFP
AKSI antara Newcastle dan Villa. FOTO AFP
AFP

Birmingham: Newcastle menamatkan badi empat kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dua gol Fabian Schar menginspirasikan kemenangan 3-1 menentang Aston Villa.

Pemain pertahanan tengah Switzerland itu menjaringkan dua gol dalam masa empat minit pada lewat pada separuh masa pertama di Villa Park.

Gol sendiri pada separuh masa kedua Alex Moreno meningkatkan kelebihan Newcastle dan jaringan Ollie Watkins sudah terlambat untuk mencetuskan kebangkitan Villa.

Buat pertama kali sejak menewaskan Fulham pada 16 Disember, skuad bimbingan Eddie Howe mampu meraih tiga mata, walaupun mereka berjaya mencipta kemenangan dalam Piala FA menentang Sunderland dan Fulham semasa gagal mencatatkan kemenangan liga.

Newcastle naik ke tangga ketujuh ketika mereka cuba mencari slot kelayakan Eropah pada musim yang sukar.

"Emosi bercampur-campur buat saya kerana berdepan pasukan elit. Kita tidak melihat perkara ini selama beberapa minggu. Kami kelihatan lebih seperti diri kami sendiri," kata Howe.

"Kami tahu semua mata tertumpu kepada kami. Kami berada dalam keadaan mengecewakan di EPL, terutamanya di tempat lawan. Ia adalah keputusan yang penting."

Kekalahan itu tamparan hebat buat Villa yang juga pencabar kejuaraan dan menduduki tempat keempat yang tidak dijangka.

Ia menyebabkan anak buah Unai Emery lima mata di belakang pendahulu Liverpool, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Ia adalah kekalahan liga pertama Villa dalam 17 perlawanan sejak tewas kepada Arsenal pada Februari 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2024 @ 9:26 AM