SOUTHGATE akui Kane tenang ketika menyempurnakan penalti. FOTO Reuters
SOUTHGATE akui Kane tenang ketika menyempurnakan penalti. FOTO Reuters
AFP

Naples: Gareth Southgate memuji kekuatan mental Harry Kane selepas anak buahnya itu memecah rekod penjaring terbanyak England ketika menang 2-1 ke atas Itali dalam perlawanan kelayakan Euro 2024.

Kane yang juga ketua pasukan menjaringkan gol antarabangsa yang ke-54 daripada sepakan penalti untuk mengatasi Wayne Rooney dan membantu England menang perlawanan Kumpulan C di Naples ke atas penyandang juara Euro itu.

Pemain berusia 29 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Rooney selepas gagal menyempurnakan penalti ketika England dikalahkan Perancis di suku akhir Piala Dunia Disember lalu.

"Untuk memecahkan rekod dengan cara yang dia lakukan berdasarkan sejarah baru-baru ini adalah petunjuk kekuatan wataknya. Saya tidak boleh lebih gembira daripadanya," kata Southgate kepada pemberita.

"Untuk melakukannya ia perlu pantas seperti dilakukannya, dia masih mempunyai karier panjang yang perlu dilalui, ini adalah satu pencapaian yang luar biasa.

"Pemain memberikan sambutan yang cemerlang selepas itu dan saya fikir itu adalah tindak balas kepada rekod itu dan apa yang dia perlu pulihkan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2023 @ 10:35 AM