REAKSI kecewa barisan pemain Liverpool. FOTO EPA
REAKSI kecewa barisan pemain Liverpool. FOTO EPA
AFP

Liverpool: Malam yang bermula dengan aksi garang Liverpool berakhir dengan kemenangan 5-2 untuk pasukan pelawat, Real Madrid pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Seperti ulangan perlawanan akhir musim lalu, ia memberi peluang kepada The Reds untuk membalas dendam.

Bagaimanapun kelemahan Liverpool didedahkan oleh gergasi Sepanyol, Real walaupun mereka dibolosi dua kali dalam 15 minit pertama menerusi Darwin Nunez dan Mohamed Salah.

Vinicius Junior, yang menjaringkan gol kemenangan ketika menentang pasukan bimbingan Jurgen Klopp pada perlawanan akhir 2022, meledak dua gol, begitu juga Benzema, manakala Eder Militao turut menyumbang gol

"Sejujurnya kami gagal. Mereka mempamerkan kualiti permainan yang baik dan kami mengetahuinya.

"Apabila anda tidak 100 peratus bertahan dengan baik, lawan akan menghukum anda. Kadang-kadang kami mencetuskan masalah sendiri," kata kapten Liverpool, Jordan Henderson.

Sementara itu Klopp berkata: "Gol ketiga adalah sangat mengecewakan tetapi saya nampak ada perubahan permainan.

"Kami kehilangan momentum pada saat itu dan gagal untuk bangkit semula selepas itu."

Pembentukan semula pasukan amat diperlukan oleh Liverpool jika ingin kembali ke tahap kegemilangan mereka beberapa tahun lalu.

"Ini adalah realiti sebenar," kata bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard kepada BT Sport.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2023 @ 8:26 AM