PSG cari alternatif bina stadium baharu. FOTO Reuters
PSG cari alternatif bina stadium baharu. FOTO Reuters
AFP

Paris: Paris Saint-Germain mengarahkan sebuah syarikat bertauliah dari Amerika untuk mengkaji kemungkinan membina stadium baharu selepas pihak berkuasa bandar itu dan pemilik Parc des Princes berkata mereka menentang penjualan tanah itu.

PSG sudah beraksi di sana hampir 50 tahun namun Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo pada Januari lalu berkata, stadium itu "tidak untuk dijual" dan "tidak akan dijual" kepada kelab milik Qatar itu.

Pada November, presiden PSG Nasser Al-Khelaifi memberitahu akhbar sukan Sepanyol Marca bahawa PSG "tidak lagi dialu-alukan" di Parc des Princes, sambil menambah mereka sedang mencari "alternatif lain."

Mengubah suai trek lumba kuda yang berdekatan dilaporkan adalah satu pilihan.

Legends Hospitality akan menjalankan penyelidikan bersama penasihat hartanah Kanada Colliers.

Dirasmikan pada 1897 kemudian diubah suai pada 1972, bekas velodrom itu dengan kapasiti 48,000, menjadi rumah kepada kelab itu sejak 1974.

Pajakan 30 tahun semasa bermula pada 2014.

Legends Hospitality mengendalikan Stadium Sofi Los Angeles, AT&T Dallas dan pernah bekerjasama dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham dan Liverpool.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2023 @ 8:07 AM