Lionel Messi melambaikan tangan kepada peminat. FOTO AFP
Lionel Messi melambaikan tangan kepada peminat. FOTO AFP
AFP

Paris: Lionel Messi berkata impiannya mahu memenangi Liga Juara-Juara buat kali kelima selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama Paris Saint-Germain.

"Saya telah katakan impian saya adalah untuk menang satu lagi Liga Juara-Juara dan berpendapat saya berada di tempat yang tepat untuk memanfaatkan peluang itu dan melakukannya," katanya ketika diperkenalkan sebagai pemain PSG, hari ini.

Pemain berusia 34 tahun merangkul kejuaraan Eropah kali terakhir bersama bekas kelabnya Barcelona pada 2015, sementara kelab Paris dengan pemilik kelab dari Qatar itu belum lagi merangkul kejuaraan kejohanan membabitkan kelab elit itu.

Messi menjadi pemain bebas selepas meninggalkan kelab sejak sama remajanya Barca hujung minggu lalu berikutan isu kewangan. Dia dijangka menerima bayaran 35 juta Euro (RM173.8 juta) semusim bersama PSG.

Penyerang Argentina, Lionel Messi bersama jersi PSG selepas sidang media di Parc des Princes, Paris. FOTO EPA
Penyerang Argentina, Lionel Messi bersama jersi PSG selepas sidang media di Parc des Princes, Paris. FOTO EPA

Ratusan peminat berkumpul di luar Parc des Princes hari ini dengan penyokong beratur berhampiran kedai kelab berkenaan di Champs Elyseees untuk membeli baju Messi.

Penyerang Argentina itu mungkin tidak beraksi apabila PSG menentang Strasbourg di laman sendiri Sabtu ini apabila masih dalam tempoh bercuti selian tidak terbabit dalam aksi pra musim selepas memenangi Copa America pada 11 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 8:15 PM