SCALONI meraikan kejayaannya menjulang Piala Dunia. -FOTO Reuters
SCALONI meraikan kejayaannya menjulang Piala Dunia. -FOTO Reuters
AFP

Buenos Aires: Presiden Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengesahkan bahawa jurulatih Lionel Scaloni akan kekal bersama pemenang Piala Dunia itu.

"Scaloni ialah jurulatih pasukan kebangsaan Argentina. Kami berdua adalah lelaki yang setia dan sudah mengikat persetujuan.

"Tiada lagi keraguan lagi bahawa dia akan terus bersama Argentina," kata Claudio Tapia.

Scaloni, 44, mengendali pasukan itu sejak 2018, membawa mereka menjulang Copa America pada 2021 - trofi pertama Argentina sejak 1993.

Dia kemudiannya membimbing Lionel Messi dan skuad ke Piala Dunia ketiga dengan kemenangan ke atas Perancis pada perlawanan akhir di Qatar bulan ini.

Bagaimanapun selepas dilantik menggantikan tempat Jorge Sampaoli yang tersingkir di peringkat 16 terakhir ketika Piala Dunia 2018, dia bukanlah seorang yang popular.

"99 peratus orang menganggap kami salah atau gila," kata Tapia.

"Tapi pasukan ini membawa kegembiraan kepada orang ramai dengan gelaran yang mereka menangi."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2022 @ 9:32 AM