SCALONI dapat  kepercayaan Argentina. - FOTO Agensi
SCALONI dapat kepercayaan Argentina. - FOTO Agensi
AFP

LIONEL Scaloni menandatangani kontrak lanjutan mengendalikan Argentina sehingga tamat aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar, menurut jurucakap Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) dalam laman web dan media sosial.

Pengendali berusia 41 tahun itu dilantik menjadi pengurus sementara pada Ogos tahun lalu, dua minggu selepas Jorge Sampaoli dipecat susulan penyingkiran Argentina pada saingan 16 terakhir Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pada November lalu kontraknya disambung sehingga Disember 2019 dan selepas membawa Argentina menduduki tempat ketiga Copa America di Brazil yang tamat awal bulan ini, Scaloni diberi mandat untuk mengemudi pasukannya layak ke Piala Dunia.

Aksi kelayakan bermula pada Mac 2020 dan berlangsung sehingga pertengahan November 2021. Scaloni turut diberi kepercayaan mengendalikan Argentina mengharungi Copa America yang dianjurkan bersama negaranya dan Colombia tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 8:05 AM