MBAPPE bersama jurulatih Perancis,  Didier Deschamps di Paris semalam.
MBAPPE bersama jurulatih Perancis, Didier Deschamps di Paris semalam.
Agensi

London: Real Madrid dilaporkan sedia membayar £1 bilion (RM5.34 bilion) untuk mendapatkan bintang Paris Saint-Germain dan Perancis Kylian Mbappe.

Mbappe baharu berusia 24 tahun meraih Anugerah Kasut Emas di Piala Dunia 2022 selepas muncul pemain pertama menjaringkan hatrik di final dalam tempoh 56 tahun.

Dia meledak lapan gol sepanjang kejohanan di Doha selepas hanya menjaringkan empat gol ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.

Real hampir mendapatkan tandatangan Mbappe pada musim panas 2021 selepas membuat tiga bidaan dengan paling tinggi £175.87 juta (RM935 juta) pada musim panas 2021.

Namun Mbappe membuat kejutan saat akhir dengan menandatangani kontrak baharu dua tahun lebih lumayan dan pilihan setahun bersama PSG sekali gus mengekalkannya di ibu kota Perancis itu.

Tetapi bekas bintang Monaco itu tetapi menjadi idaman Real Madrid dengan Presidennya, Florentino Perez sedia melakukan apa sahaja membawa Mbappe ke Los Blancos.

Malah, Gazzetta melaporkan juara Eropah 14 kali itu sedia membayar jumlah keseluruhan £877 juta (RM4.69 bilion) untuk tempoh empat tahun dengan yuran perpindahan £132 juta (RM705.94 juta).

Kontrak Mbappe berakhir 2024 dan tiada masalah meninggalkan PSG selepas tahun akhir hanyalah pilihan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2022 @ 7:16 PM