SOKONGAN terhadap rakyat Palestin dapat dilihat di Piala Dunia Qatar. FOTO Reuters
SOKONGAN terhadap rakyat Palestin dapat dilihat di Piala Dunia Qatar. FOTO Reuters
AFP

Ramallah: Sokongan Maghribi terhadap rakyat Palestin ketika Singa Atlas mencipta sejarah di Piala Dunia membuktikan perjuangan rakyat negara berkenaan belum terkubur jelas Presiden Persatuan Bolasepak Palestin, Jibril Rajoub.

Sama seperti beberapa negara Arab lain, Maghribi bersetuju dengan hubungan diplomatik penuh dengan Israel - tetapi ini tidak menghalang pemainnya daripada menunjukkan sokongan mereka berhubung konflik yang berlaku selama beberapa dekad itu.

Mereka mengibarkan bendera Palestin di atas padang selepas kemenangan menakjubkan menentang Sepanyol, dan juga selepas menewaskan Kanada di peringkat kumpulan.

Pemain Maghribi juga menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di media sosial semasa kejohanan itu.

Rakyat Palestin di Tebing Barat, yang ditindas Israel, seperti kebanyakan negara Timur Tengah - memberi sokongan kepada Maghribi, negara Arab pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Pemilik kedai barangan sukan di Ramallah, Saeed al-Ramahi berkata, semangat untuk pasukan Maghribi nampaknya tidak dapat dipadamkan, dengan semua jersi mereka habis dijual.

"Jika saya mempunyai 300,000 jersi, saya akan menjual semuanya dalam dua hari lepas," katanya kepada AFP.

Walaupun Maghribi menyertai Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain dalam mewujudkan hubungan diplomatik penuh dengan Israel pada 2020 di bawah perjanjian yang diuruskan oleh presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika itu.

Rajoub berkata ini membuktikan sokongan berterusan untuk perjuangan Palestin, tanpa mengira sebarang keputusan yang dibuat oleh pemimpin Arab.

"Piala Dunia mendedahkan pembohongan bahawa perjuangan Palestin dikuburkan oleh perjanjian normalisasi baru-baru ini," kata Rajoub, yang juga setiausaha agung pergerakan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2022 @ 9:48 PM