Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic (kiri) memerhatikan pemainnya menjalani latihan menjelang aksi penentuan tempat ketiga berdepan Maghribi. FOTO Reuters
Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic (kiri) memerhatikan pemainnya menjalani latihan menjelang aksi penentuan tempat ketiga berdepan Maghribi. FOTO Reuters
Reuters

Doha: Croatia dan Maghribi melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama bagi aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia di Stadium Antarabangsa Khalifa, dengan kedua-dua jurulatih memberi peluang kepada pemain simpanan di kejohanan itu.

Maghribi tanpa kapten, Romain Saiss yang bertahan hanya 21 minit dalam kekalahan separuh akhir ke atas Perancis sebelum digantikan, dengan ketua jurulatih Walid Regragui berkata ia adalah satu risiko yang patut diambil ketika itu tetapi bukan untuk aksi playoff.

"Kami tidak akan mengambil risiko.. terutamanya Saiss. Dia terpaksa disisihkan. Tetapi saya yakin dan percaya kepada pasukan kami," kata Regragui sebelum pertembungan itu.

Di pertahanan, Achraf Hakimi dan Jawad El Yamiq kekal di posisi mereka, dengan Achraf Dari dan Yahya Attiat-Allah dimasukkan menggantikan pemain cedera Saiss dan Nayef Aguerd.

Kapten Croatia, Luka Modric memimpin bahagian tengah bersama-sama Mateo Kovacic, tetapi Marcelo Brozovic direhatkan dan digantikan dengan Lovro Majer.

Marko Livaja dan Mislav Orsic mengepalai jentera serangan pasukan naib juara Piala Dunia 2018 di Rusia itu.

Kesebelasan utama pemain:

Croatia: Dominik Livakovic, Josip Stanisic, Ivan Perisic, Lovro Majer, Mateo Kovacic, Andrej Kramaric, Luka Modric, Marko Livaja, Mislav Orsic, Josko Gvardiol, Josip Sutalo

Maghribi: Yassine Bounou, Achraf Hakimi, Abdelhamid Sabiri, Jawad El Yamiq, Sofyan Amrabat, Hakim Ziyech, Soufiane Boufal, Youssef En-Nesyri, Achraf Dari, Bilal El Khannouss, Yahya Attiat-Allah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2022 @ 10:30 PM