Penyerang Poland, Robert Lewandowski (kiri) dan jurulatihnya Czeslaw Michniewicz (kanan) ketika sesi latihan. FOTO EPA
Penyerang Poland, Robert Lewandowski (kiri) dan jurulatihnya Czeslaw Michniewicz (kanan) ketika sesi latihan. FOTO EPA
Reuters

Doha: Jurulatih Poland, Czeslaw Michniewicz menafikan Mexico adalah pasukan pilihan pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia dengan menyatakan semua pasukan berhak berada di kejohanan itu.

Poland beraksi dalam Piala Dunia kesembilan mereka gagal melepasi peringkat kumpulan sejak 1986 dan akan berdepan Mexico, Arab Saudi dan Argentina dalam usaha untuk mara ke peringkat kalah mati di Qatar.

"Jika saya katakan tiada alasan munasabah buat Poland melepasi peringkat kumpulan, anda akan kata saya seorang yang tidak mempunyai impian," kata Michniewicz kepada media.

"Saya fikir kami boleh melepasi peringkat kumpulan.. Kami tidak mahu menjadi antara pasukan pertama dalam 16 pasukan yang pulang awal.

"Kami mempunyai pemain berpengalaman yang beraksi banyak kejohanan dan ramai pemain muda yang menimba pengalaman kejohanan besar di Qatar. Saya fikir gabungan ini adalah tepat buat kami."

Ditanya sama ada Mexico adalah pasukan pilihan, ditambah pula kegagalan mereka mara ke pusingan kalah mati pada 1978, Michniewicz tidak bersetuju dengan perkara itu.

"Kami tidak melihat Mexico dengan cara itu. Saya tak fikir kami mempunyai jurang yang agak jauh, juga antara kami dan Arab Saudi atau Argentina," katanya.

"Kita semua berada dalam Piala dunia, kami rasakan sama penting seperti lawan kami dalam kumpulan. Kami tidak meletakkan mereka pada ranking yang istimewa.

Mexico, bagaimanapun mempunyai rekod yang baik pada aksi pembukaan Piala Dunia, menang lima perlawanan dan seri sekali dalam enam kejohanan terakhir mereka.

Kali terakhir Poland menang pada perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka adalah hampir 50 tahun lalu, apabila mereka menewaskan Argentina 3-2 pada 1974 dan berada di kedudukan ketika selepas mengalahkan Brazil 1-0.

Nama besar skuad Poland yang hampir pasti beraksi buat kali terakhir pada saingan terbesar bola sepak dunia adalah Robert Lewandowski.

Penyerang prolifik Poland itu beraksi untuk Piala Dunia keduanya - Poland tidak layak pada 2010 dan 2014 -- namun tidak pernah menjaringkan gol dalam kejohanan.

"Adalah penting untuk dirinya (menjaringkan gol) dan saya dapat lihat dia mempunyai motivasi tinggi.

"Saya percaya satu hari nanti, prestasi hebat Robert di Qatar akan menjadi sebutan." kata Szczesny.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 12:52 AM