ANTONIO (tengah) meraikan jaringannya bersama Kurt Zouma dan Thilo Kehrer. FOTO Reuters
ANTONIO (tengah) meraikan jaringannya bersama Kurt Zouma dan Thilo Kehrer. FOTO Reuters
Reuters

London: West Ham United menang dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut buat kali pertama, musim ini, apabila bangkit untuk menewaskan Fulham 3-1 pada aksi London derby, malam ini.

Fulham berada di depan lebih awal apabila Andreas Pereira mengambil bola dalam kotak penalti West Ham dan merembat kencang menewaskan Lukasz Fabianski pada minit kelima.

Namun, Pereira kemudian menjadi petualang apabila mengasari Craig Dawson dalam kotak penalti apabila menarik pemain itu walaupun beberapa kali diberi amaran oleh pengadil.

Jarrod Bowen menyempurnakan penalti pada minit ke-29 yang menewaskan penjaga gol, Bernd Leno, yang dua kali bertindak cemerlang sebelum itu.

West Ham memperlahankan rentak apabila Fulham bertahan, tetapi Gianluca Scamacca memastikan tuan rumah mendahului pada minit ke-62.

Michail Antonio masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan 3-1 buat West Ham.

West Ham melonjak ke tangga ke-13, satu mata di belakang Fulham yang menduduki tangga kesembilan.

Sementara itu, Eberechi Eze menjaringkan gol kemenangan apabila Crystal Palace bangkit untuk menang 2-1 ke atas Leeds United dalam satu lagi perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2022 @ 11:26 PM