NKETIAH (kiri) meledak gol pembukaan buat Arsenal. FOTO AP
NKETIAH (kiri) meledak gol pembukaan buat Arsenal. FOTO AP
AFP

London: Arsenal berjaya mengetepikan juara Norway, Bodo/Glimt 3-0 di Stadium Emirates hasil jaringan Eddie Nketiah dan Rob Holding pada separuh masa pertama sebelum Fabio Vieira mengesahkan kemenangan hasil gol enam minit sebelum tamat.

The Gunners sekarang ini berada di tangga teratas Kumpulan A selepas mencatat kemenangan berturut-turut.

Jadual perlawanan mereka dengan PSV Eindhoven bulan lalu terpaksa dirombak semula berikutan kematian Ratu Elizabeth II.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan, enam mata dan tidak melepaskan gol.

"Bagaimanapun, kami kurang persefahaman antara satu sama lain, tidak begitu konsisten dan kurang mendominasi permainan.

"Terdapat lapan pertukaran, anda dapat rasainya sendiri, ada kekurangan dalam pasukan ini.

"Ketika berdekatan dengan gawang lawan kami kelihatan begitu bahaya, jaringan yang disempurnakan adalah sangat cantik," kata pengendali Arsenal Mikel Arteta.

Yorbe Vertessen dan Cody Gakpo kedua-duanya menjaringkan dua gol ketika PSV Eindhoven menumpaskan FC Zurich 5-1 di Switzerland.

Bekas pemain remaja Paris Saint-Germain, Xavi Simons juga mencetak nama sebagai penjaring tatkala pasukan bimbingan, Ruud van Nistelrooy berada dua mata di belakang The Gunners.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2022 @ 7:02 AM