PERCATURAN Hector Bidoglio perlu tepat bagi memastikan Piala FA berjaya dibawa pulang ke selatan tanah air. FOTO FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
PERCATURAN Hector Bidoglio perlu tepat bagi memastikan Piala FA berjaya dibawa pulang ke selatan tanah air. FOTO FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Mampukah penampilan taktikal 'Amerika Latin' dipratikkan pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio memastikan kejuaraan Piala FA milik mereka dengan mengatasi Terengganu FC (TFC) di pentas final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Persoalan itu timbul selepas Bidoglio tampak masih tercari-cari rentak permainan sesuai buat JDT selepas pasukannya sekadar seri 1-1 dengan Selangor FC pada aksi Liga Super, baru-baru ini.

Hidoglio menegaskan perlu ada penambahbaikan bagi mengharungi perlawanan seterusnya dan pasti tempoh seminggu selepas aksi menentang Selangor FC, pengendali kelahiran Argentina itu bekerja keras untuk memperbaiki apa jua kelemahan bagi menghadapi skuad kendalian Nafuzi Zain.

Sejak Hidoglio merngambil alih tugas selaku ketua jurulatih JDT daripada Benjamin Mora, formasi yang sering ditampilkan beliau terarah kepada 4-3-3, tetapi akan berubah ke formasi 3-5-2 dengan Corbin Ong bertindak menyusup ke posisi sayap kiri bagi membantu barisan serangan.

Apapun, bekas pemain tengah antarabangsa Venelueza itu harus memperkemaskan lagi 'set-piece' yang tampak kurang berkesan apabila skuad Harimau Selatan memperoleh sepakan percuma dan sepakan sudut.

Beliau perlu menurunkan ilmu buat Arif Aiman Hanapi supaya lebih efisien dan berkesan apabila beraksi di posisi sayap kanan memandang pemain muda JDT itu ada ketikanya hilang rentak.

Ini terbukti apabila gagal beraksi dengan baik selepas dikawal rapi bek kiri Selangor FC, Fazly Mazlan yang berjaya menghalang Arif Aiman bergerak bebas.

Hildoglio tidak berdepan masalah untuk terus menggunakan khidmat Leandro Velazquez mengemudi jentera tengah bergandingan bersama Natxo Insa, tapi beliau mungkin dalam dilema sama ada mahu mempertaruhkan Nazmi Faiz Mansor atau Afiq Fazail untuk berada di posisi berkenaan kerana kedua-dua pemain itu memiliki kelebihan tersendiri dan begitu serasi beraksi bersama Insa serta Velazquez.

Bidoglio dilihat tidak berdepan masalah dengan jentera serangan apabila gandingan Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri dilihat cukup berbisa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 8:20 PM