POTTER kini pengendali Chelsea. -FOTO AFP
POTTER kini pengendali Chelsea. -FOTO AFP
Agensi

London: Pemilik baharu Chelsea tidak akan menilai Graham Potter melalui saingan Liga Juara-Juara pada kempen pertamanya di Stamford Bridge.

Todd Boehly dan Behdad Eghbali mungkin akan mempertimbangkan penamat empat tempat teratas Liga Perdana dan pencapaian di Liga Juara-Juara sebagai penanda atas penggal pertama Potter.

Namun pemilik Blues itu tidak meletakkan sebarang sasaran buat bekas pengendali Brighton kerana memahami ia adalah perancangan jangka panjang.

Pemilik baharu The Blues yang memasuki Stamford Bridge musim panas ini mempunyai perancangan 10 tahun dan bersamaan 100 hari memiliki kelab itu mereka pada awal minggu lalu memecat pengurus Thomas Tuchel.

Jurulatih dari Jerman Tuchel dipecat pada Rabu pagi lalu dengan dengan pengendali Brighton Potter terus dilantik kelab berkenaan.

Potter menandatangani kontrak lima tahun bersama Chelsea pada petang Khamis sebelum mengetuai sesi latihan Blues buat kali pertama pada pagi Jumaat.

Bagaimanapun perlawanan Liga Perdana Sabtu ini menentang Fulham ditangguhkan selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II namun The Blues tetap mempersiapkan diri untuk pertembungan Liga Juara-Juara menentang RB Salzburg di Stamford Bridge Rabu ini.

Boehly dan Eghbali ketika bertemu kakitangan Chelsea bersama-sama Potter pada Khamis lalu memaklumkan bahawa era baharu The Blues kini bermula dengan mengambil satu lagi langkah besar ke hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 8:23 AM