TODD Boehly. -AFP
TODD Boehly. -AFP
Agensi

London: Todd Boehly tidak akan lagi bertindak sebagai pengarah sukan Chelsea selepas enam bulan pertama yang bergolak di Stamford Bridge.

Taikun Amerika, 49, mengambil alih jawatan itu sementara selepas pemergian bekas pengarah Chelsea, Marina Granovskaia yang bekerja di bawah Roman Abramovich selama lebih sedekad meninggalkan kelab itu.

Konsortium Todd Boehly/Clearlake Capital membeli Chelsea daripada pemilik sebelumnya, Abramovich dan cuba menukar keseluruhan kelab.

Boehly mendahului pengambilalihan £4.25 billion (RM22.62 billion) konsortium, mengambil alih tugas menggantikan Maria tetapi mengalami permulaan yang sukar bersama Chelsea.

Selain mengambil keputusan kejam memecat pengurus popular Thomas Tuchel selepas hanya tujuh perlawanan awal musim ini, Chelsea membelanjakan lebih daripada £350 juta (RM1.8 bilion) untuk perpindahan dan menerima pulangan yang semakin berkurangan.

Bagaimanapun pemilik Chelsea masih yakin terhadap ketua jurulatih, Graham Potter sebagai individu tepat bagi mengetuai projek jangka panjang mereka dan bersedia memberikan sokongan dengan mendapatkan Joao Felix menerusi pinjaman dari Atletico Madrid.

Namun wujud kebimbangan oleh sebahagian pemain yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan pengurus itu tetapi Potter terus disokong pengurusan tertinggi kelab di sebalik prestasi merudum Chelsea.

Potter dipilih menggantikan Thomas Tuchel kerana memikirkan bekas bos Brighton itu adalah yang terbaik bagi perancangan jangka pendek dan panjang pasukan.

Bagaimanapun skuad Blues akan berdepan jiran di London, Fulham awal pagi Jumaat ini dengan keputusan negatif berdepan skuad kendalian Marco Silva tidak akan membahayakan Potter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2023 @ 12:18 PM