CHELSEA memecat pengurus dari Jerman, Thomas Tuchel. FOTO Reuters
CHELSEA memecat pengurus dari Jerman, Thomas Tuchel. FOTO Reuters
Reuters

London: Chelsea memecat pengurusnya, Thomas Tuchel, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas mereka tewas 0-1 kepada kelab Croatia, Dinamo Zagreb pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Chelsea menamatkan musim lalu di tempat ketiga EPL, tetapi kelab London itu menduduki tempat keenam selepas enam perlawanan musim ini dengan tiga kali menang, dua kali tewas dan seri sekali.

"Bagi pihak semua orang di Chelsea FC, kelab ini mengucapkan terima kasih kepada Thomas dan stafnya di atas segala usaha mereka sepanjang berada di kelab ini," kata Chelsea menerusi kenyataan.

"Thomas akan mendapat tempat dalam sejarah Chelsea selepas menang trofi UCL, Piala Super dan Piala Kelab Dunia di sini.

"Pada ketika kumpulan pemilik baharu mencapai 100 hari selepas mengambil alih kelab dan terus bekerja keras untuk memacu ke depan, pemilik baharu percaya inilah masa untuk membuat peralihan."

Chelsea adalah pasukan berbelanja paling besar di Eropah ketika jendela perpindahan pemain dengan nilai hampir AS$300 juta (RM1.359 bilion).

Tuchel membimbing pasukan itu selama satu setengah tahun dan memenangi trofi UCL pada musim pertamanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2022 @ 5:26 PM