HIGUAIN.  FOTO AP
HIGUAIN. FOTO AP
Reuters

Madrid: Pertembungan semula dengan Real Madrid pada final Liga Juara-Juara memberi peluang buat Gonzalo Higuain untuk membalas dendam terhadap bekas kelab yang tidak pernah menghargainya selain peluang untuk mencipta reputasi sebagai pemain berharga dalam perlawanan besar.

Penyerang Argentina itu muncul pemain paling mahal dalam bola sepak Itali apabila dia berpindah dari Napoli ke Juventus tahun lalu dalam perpindahan kontroversi yang menyebabkan peminat yang berasa dikhianati membakar replika jersi nombor 9 miliknya.

Tanda harga 90 juta euro (RM432 juta) pula menyebabkan pemerhati menggaru kepala dengan andaian Juve membayar terlalu tinggi buat pemain yang terkenal kerana gagal menyempurnakan peluang mudah ketika masa amat memerlukan.

Apabila tandukan liar pemain Jerman, Toni Kroos singgah di kaki Higuain pada final Piala Dunia 2014, penyerang Argentina itu merembat bola tinggi melepasi palang.

Pada final Copa America 2015 menentang Chile, Higuain mensia-siakan peluang hantaran Ezequeil Lavezzi dengan merembat ke sisi jaring gol dan kemudian merembat sepakan penaltinya melepasi palang ketika penentuan penalti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 4:29 AM