Lionel Messi mengatasi dua pemain Villarreal pada aksi La Liga. FOTO AFP
Lionel Messi mengatasi dua pemain Villarreal pada aksi La Liga. FOTO AFP
AFP

Madrid: Lionel Messi menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya sejak cuba untuk meninggalkan Barcelona ketika Ronald Koeman menjalankan tugas cemerlang sebagai jurulatih selepas menewaskan Villarreal, 4-0 awal pagi ini.

Messi menyempurnakan jaringan 10 minit sebelum rehat separuh masa dan bintang Argentina itu melakukan hantaran lintang mengelirukan untuk memaksa Pau Torres menjaringkan gol sendiri selepas dua gol awal daripada pemain berusia 17 tahun, Ansu Fatti memastikan Barca selesa di depan.

Barca beraksi tanpa Luis Suarez yang disahkan menyertai Atletico Madrid pada Khamis lalu, malah pemain itu menjaringkan dua gol pada aksi pertamanya ketika membantu kemenangan Atletico ke atas Granada, 6-1.

Dalam pesanan perpisahan kepada rakan baik dan bekas jirannya itu minggu lalu, Messi mencetus satu lagi persoalan kepada lembaga pengarah Barca dengan menyatakan dia tidak terkejut dengan cara paling bodoh pemergian Suarez diuruskan.

Ronald Koeman (kanan) puji aksi Ansu Fati. FOTO AFP
Ronald Koeman (kanan) puji aksi Ansu Fati. FOTO AFP

Koeman pada Sabtu pula menegaskan bahawa Messi adalah pemain contoh dalam latihan dan dia yakin kepercayaan yang diberikan terbalas di Camp Nou, di mana penyerang dan kapten pasukan menampilkan aksi terbaik.

"Adalah sangat penting memenangi perlawanan, ia akan membantu meningkatkan keyakinan.

"Keputusan ini membantu kami untuk melakukan yang lebih baik dan lebih jelas mengenai apa yang kami mahukan." kata Koeman.

"Ansu adalah pemain muda yang perlu konsisten dalam permainan dan prestasinya.

"Dia membuktikan bahawa dia mempunyai masa depan yang cerah di Barca dan saya sangat gembira dengan persembahannya." tambah Koeman.

Fati menjadi pemain termuda Sepanyol yang menjaringkan gol awal bulan ini dan pemain remaja itu memanfaatkan ruang yang ditinggalkan trio serangan Barcelona dengan melakukan penampilan cemerlang pada musim pembukaan bersama kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 8:41 AM