PEMAIN Kelantan United FC (KUFC), Nik Akif Syahiran Nik Mat (dua kiri) diasak oleh Pemain UITM FC, Muhammad Afzal Akbar  pada aksi Liga Perdana di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
PEMAIN Kelantan United FC (KUFC), Nik Akif Syahiran Nik Mat (dua kiri) diasak oleh Pemain UITM FC, Muhammad Afzal Akbar pada aksi Liga Perdana di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Kelantan United Football Club gah menundukkan pasukan UiTM FC, 3-1 dalam saingan liga, petang tadi.

Aksi ke 15 liga bermula ceria apabila kem tuan rumah menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-15 permainan.

Gol pembukaan disumbang import, Jacob Njoku menerusi hantaran Mohd Amirul Shafik Che Soh.

Minit ke-45, import baru KUFC, Julius Ofori Ziggy hampir menjaringkan gol namun ditampan kemas penjaga gol UiTM FC, Robson Rendy Rining.

Keputusan babak pertama, Kelantan mendahului UiTM FC 1-0.

Tuan rumah terus cemerlang di babak kedua perlawanan apabila hantaran cantik Mohd Shafik sekali lagi disambut sempurna Muhammad Haziq Mohd Subri untuk mencetak gol kedua Kelantan di minit ke-50.

Kegembiraan Kelantan diragut seketika apabila di minit ke-71, pelawat merapatkan kedudukan menerusi rembatan Muhammad Izman Solehin Rohadi yang menyempurnakan sepakan penalti.

Bagaimanapun Muhammad Asraff Aliffuddin menoktahkan kemenangan tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga di minit akhir perlawanan menyaksikan KUFC mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2022 @ 9:47 PM