NJOKU (duar dari kiri) diasak pemain Projek FAM-MSN, Muhammad Aikmal Roslan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
NJOKU (duar dari kiri) diasak pemain Projek FAM-MSN, Muhammad Aikmal Roslan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Gol sendiri Kelantan United Footbal Club (KUFC) nyaris memalukan skuad itu apabila diikat 1-1 oleh pasukan tercorot liga, Projek FAM-MSN dalam perlawanan Liga Perdana, petang tadi.

Aksi malang itu terjadi apabila import Jepun, Shuhei Fukai tertanduk gol ke gawang sendiri hasil hantaran mengelirukan pemain pelawat, Sheikh Faris Faisal pada minit ketujuh.

Terlebih dahulu, KUFC memulakan aksi dengan beberapa siri serangan terutamanya di bek kiri namun tiada penyudah.

Kelebihan sepakan percuma diperoleh KUFC minit ketiga gagal apabila sepakan terus Haziq Subri sekadar terkena benteng skuad Projek FAM-MSN.

KUFC terus cuba membolosi gawang lawan namun tandukan Amirul Shafik Che Soh ikuis penjaga gol, Aizat Azman Mazlan.

Lima minit pertama, penjaga gol tuan rumah, Fikri Che Soh selesa tanpa sebarang serangan daripada pihak lawan.

Namun kealpaan nyata menjerat tuan rumah apabila Shuhei melakukan kesilapan tertampan gol ke gawang sendiri.

Jaringan mengejut itu, menyaksikan kedua pasukan melakukan serangan lebih agresif namun keputusan kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, kelebihan sepakan penalti disia-siakan Jacob Njoku apabila sepakan perlahannya mudah dibaca Aizat yang menumbuk bola keluar.

Bagaimanapun, pemain gantian, Asraff Aliffuddin Yasin menyelamatkan maruah KUFC daripada terus tercalar apabila bijak menghasilkan gol pada minit ke 52 hasil hantaran Njoku.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2022 @ 10:07 PM