MAHMOUD tak dapat beraksi di separuh akhir Piala AFC. FOTO Kda FC
MAHMOUD tak dapat beraksi di separuh akhir Piala AFC. FOTO Kda FC
Izzali Ismail


Alor Setar: Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Mahmoud al-Mardi terpaksa melupakan seketika persiapan akhir bersama pasukan untuk menghadapi saingan separuh akhir Zon Asean Piala AFC kerana pulang ke Jordan untuk menziarahi ayahnya yang sakit tenat.

Perkembangan itu dikongsikan oleh penaung KDA FC Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menerusi media sosial - memaklumkan pemain kelahiran Aqaba Jordan itu bergegas pulang awal pagi tadi selepas mendapat berita berkenaan.

Mahmoud dijangka kembali bersama Sang Kenari sebelum berlangsungnya saingan Piala AFC menentang kelab dari Indonesia, PSM Makassar FC di Bali, Indonesia pada 9 Ogos ini.

"Saya mendapat berita sedih di awal pagi tadi di mana ayahanda kepada pemain Kedah Darul Aman FC, Mahmoud al-Mardi sedang sakit tenat di Jordan.

"Mahmoud al-Mardi berlepas pulang ke Jordan bagi menunaikan tanggungjawab seorang anak kepada ayahnya.

"Marilah kita semua mendoakan kesihatan segera kepada ayahanda Mahmoud al-Mardi dan semoga Allah memudahkan perjalanan Mahmoud ke Jordan dan pulang semula ke Malaysia untuk perlawanan penting AFC di Bali pada 9 Ogos 2022 nanti," kata Mohd Daud.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2022 @ 3:11 PM