TELLA menjadi tonggak terbaharu Leverkusen. FOTO AFP
TELLA menjadi tonggak terbaharu Leverkusen. FOTO AFP
AFP

Berlin: Pemain sayap England, Nathan Tella menandatangani kontrak dengan Bayer Leverkusen dari Southampton sehingga 2028, selepas kelab Jerman itu mengesahkan perkara berkenaan hari ini.

Tella tiba dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak €23 juta euro (RM115 juta) termasuk bonus, menjadikannya pemain baharu paling mahal Leverkusen.

Tella, 24, bermain sebagai penyerang atau pemain sayap dan menjaringkan 17 gol dalam Liga Kejuaraan pada 2022-23 daripada 39 perlawanan semasa dipinjamkan kepada Burnley.

Tella berkata dia 'kagum' dengan Leverkusen selepas kelab itu melangkah ke separuh akhir Liga Europa musim lalu.

Pengarah Sukan Leverkusen, Simon Rolfes berkata Tella membawa pengalaman bersamanya tetapi juga berpotensi untuk berkembang.

"Nathan memberikan kekuatan tambahan kepada bahagian serangan kami dan dia akan menguatkan pasukan dengan rentak dan kualitinya di atas padang."

Dipimpin oleh pengurus Xabi Alonso, Leverkusen melalui jendela perpindahan yang sibuk selepas membawa masuk bekas kapten Arsenal, Granit Xhaka, pemain sayap Jerman, Jonas Hoffman, penyerang, Victor Boniface dan pertahanan Bayern, Josip Stanisic secara pinjaman.

Southampton tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris pada penghujung musim lalu selepas 11 musim kekal dalam saingan tertinggi England.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2023 @ 8:13 PM