MESSI menyertai senarai pemain yang meledakkan lima gol dalam satu perlawanan. -FOTO EPA
MESSI menyertai senarai pemain yang meledakkan lima gol dalam satu perlawanan. -FOTO EPA
AFP

Paris: Lionel Messi meledakkan kelima-lima gol kemenangan Argentina ketika perlawanan persahabatan menentang Estonia di Pamplona, Sepanyol yang berkesudahan 5-0.

Messi menyertai kelompok pemain yang pernah menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan untuk Argentina yang hanya dibarisi Juan Andres Marvezy dan Manuel Moreno.

Pemenang tujuh kali Ballon d'Or menjaringkan gol pada minit kelapan, kemudian menambah empat lagi dalam tempoh setengah jam (45, 47, 71 dan 76 minit).

Dia kini menambah rekod jaringan untuk negaranya kepada 86.

Skuad kendalian Lionel Scaloni belum tewas dalam 33 perlawanan, kali terakhir mereka tewas ialah 2-0 di tangan Brazil pada separuh akhir Copa America 2019.

Di Piala Dunia Qatar akhir tahun ini, Argentina diundi dalam kumpulan bersama Arab Saudi, Mexico dan Poland

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2022 @ 11:22 AM