NADAL menjulang trofi Terbuka Perancis buat kali ke-14 sepanjang kariernya. FOTO Reuters
NADAL menjulang trofi Terbuka Perancis buat kali ke-14 sepanjang kariernya. FOTO Reuters
Reuters

Paris: Rafael Nadal merangkul gelaran ke-14 Terbuka Perancis dan melebarkan rekod kejayaan Grand Slam buat kali ke-22 selepas menang aksi final ketika berdepan Casper Ruud sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkannya menjadi pemain lelaki paling tua berjaya muncul juara di Roland Garros.

Kemenangan pemain berusia 36 tahun itu 6-3, 6-3, 6-0 hadir selepas 17 tahun lalu dia merangkul gelaran sulung Terbuka Perancis pada usia 19 tahun pada 2005.

Nadal sekarang ini memiliki kelebihan dua kejuaraan Grand Slam mengatasi seteru lama, Novak Djokovic dan Roger Federer.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2022 @ 12:09 AM