HAALAND bakal menjadi pemain bergaji paling tinggi  di Liga Perdana Inggeris.
HAALAND bakal menjadi pemain bergaji paling tinggi di Liga Perdana Inggeris.
Agensi

London: Manchester City semakin hampir mendapatkan Erling Haaland pada musim panas selepas dilaporkan mencapai persetujuan terma peribadi dengan ejen penyerang Borussia Dortmund itu.

Bintang muda berusia 21 tahun terbabit turut menarik minat Real Madrid, Barcelona dan Paris Saint-Germain dan dijangka meninggalkan Dortmund pada penghujung musim ini.

Menurut Daily Mail, City mencapai persetujuan dengan Haaland manakala Bayern Munich enggan meneruskan hasrat menandatangani pemain itu.

"Pakej perpindahan Haaland sangat jauh daripada kami bayangkan," kata CEO Bayern, Oliver Kahn.

Kontrak Haaland dengan Dortmund sehingga 2024 tetapi termasuk klausa pembebasan bernilai 63 juta pound (RM351 juta) yang berkuat kuasa pada musim panas ini.

Haaland bakal menerima bayaran 500,000 (RM2.79 juta) seminggu yang menjadikannya pemain bergaji paling mahal di Liga Perdana.

Manchester City kini dijangka memanfaatkan klausa itu sebelum menandatangani kontrak lima tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 10:28 AM