LEWANDOWSKI meledak 43 gol dalam tempoh setahun bagi saingan Bundesliga. FOTO AFP
LEWANDOWSKI meledak 43 gol dalam tempoh setahun bagi saingan Bundesliga. FOTO AFP
AFP

Berlin: Bayern Munich melebarkan jurang enam mata di puncak Bundesliga selepas menang 4-0 ke atas Wolfsburg dengan kesemua penjaring gol, Robert Lewandowski, Thomas Mueller dan Dayot Upamecano berjaya mencipta pencapaian baru.

Mueller meraikan penampilan ke-400 dalam saingan Bundesliga dengan menjaringkan gol pembukaan iaitu jaringan ke-222 liga sebelum Upamecano yang dibeli dari Leipzig musim ini, menanduk masuk gol pertamanya bersama Bayern.

Leroy Sane kemudiannya melepaskan rembatan menuju ke penjuru kiri pintu gol lawan selepas sejam perlawanan berlangsung.

Lewandowski, yang menyamai rekod Gerd Mueller 42 gol dalam liga Jerman Selasa lalu, meledak jaringan keempat Bayern untuk mencatatkan rekod baru.

Ia adalah aksi terakhir Bayern sebelum Bundesliga berhenti seketika untuk rehat musim sejuk dan ketua jurulatih, Julian Nagelsmann gembira dengan prestasi yang dicatatkan.

"Kami bertahan dengan baik memberi tekanan sekeras-kerasnya, memenangi bola di kawasan sendiri dan berhak mencatat kemenangan," kata Nagelsmann.

Pengendali Bayern itu juga memuji Lewandowski di atas rekod baru berkenaan dan menganggap anak buahnya itu layak terutama selepas meledakkan jaringan menerusi kaki kiri (bukan dominan).

Jurang mata Bayern di puncak teratas liga mampu dikurangkan apabila pasukan tempat kedua, Borussia Dortmun akan berkunjung ke Hertha Berlin

Bayern's lead at the top of the Bundesliga table can be trimmed on Saturday by second-placed Borussia Dortmund, who are away to Hertha Berlin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 8:57 AM