PEMAIN tengah Villarreal, Arnaut Danjuma meraikan gol jaringannya. FOTO Reuters
PEMAIN tengah Villarreal, Arnaut Danjuma meraikan gol jaringannya. FOTO Reuters
AFP

Villarreal: Villarreal mencipta kemenangan mengejut 1-0 ke atas Bayern Munich, malam tadi, menerusi jaringan Arnaut Danjuma, sekali gus memberi harapan untuk mencipta kejutan besar di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, musim ini.

Danjuma menyempurnakan umpanan Dani Parejo pada minit kelapan di La Ceramica untuk mengesahkan kemenangan sambil Bayern berharap tidak terus ketinggalan pada perlawanan kedua di Jerman, minggu depan.

Gerard Moreno terkena palang sebelum sepakan melencong jarak jauhnya sedikit tersasar pada ketika penjaga gol Bayern, Manuel Neuer sudah tertewas.

"Kami menghasilkan prestasi menakjubkan dan secara jujurnya, patut menang dengan lebih banyak gol," kata pemain Villarreal, Giovani Lo Celso.

"Malam ini, kali lebih baik berbanding Bayern," kata Dani Parejo.

"Kami menewaskan satu daripada pasukan terbaik di dunia."

Di sebalik kekalahan itu, anak buah Julian Nagelsmann yang juga juara Eropah enam kali masih lagi pilihan untuk mengubah defisit itu di Allianz Arena, tetapi Villarreal sekali lagi membuktikan tidak boleh dipandang rendah selepas menyingkirkan Juventus di pusingan 16 terakhir.

"Ia adalah kekalahan yang wajar kerana kami tidak bermain dengan baik," kata Nagelsmann.

"Pada babak pertama, kami kurang bertenaga, tidak mencipta peluang dan melepaskan penguasaan kepada lawan."

Villarreal yang dibimbing Unai Emery dilihat antara pasukan paling lebih ketika undian peringkat suku akhir dilakukan bulan lalu dengan hanya Benfica mungkin di bawah mereka.

Bayern yang mendahului dengan sembilan mata di tangga teratas Bundesliga berdepan dengan Villarreal yang menduduki tempat ketujuh La Liga iaitu ketinggalan 12 mata berbanding empat pasukan teratas dan mara ke suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah sejak 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2022 @ 8:22 AM