Dua lelaki yang dikatakan mati ditembak ketika rushan di Dorud, Iran, semalam dan gambarkanan, rusuhan di Teheran. - Foto Twitter/Reuters
Dua lelaki yang dikatakan mati ditembak ketika rushan di Dorud, Iran, semalam dan gambarkanan, rusuhan di Teheran. - Foto Twitter/Reuters
Agensi

KERAJAAN Iran menegaskan anggota keselamatan kerajaan tidak melepaskan tembakan ke arah perusuh dan penunjuk perasaan selepas dua lelaki terbunuh di Dorud, semalam.

Reuters melaporkan, Timbalan Gabenor Wilayah Lorestan, Habibollah Khojastehpour, berkata dua penduduk Dorud terbunuh ketika tunjuka perasaan bertukar menjadi ganas.

“Tiada peluru ditembak sama ada oleh polis, tentera atau anggota keselamatan lain terhadap orang ramai.

“Kami menemui bukti ada musuh bersama penunjuk perasaan, kumpulan Takfiri dan ejen asing,” katanya.

Takfiri ialah kumpulan Sunnah yang dikaitkan oleh Iran dengan pertubuhan Negara Islam (IS).

Tunjuk perasaan membantah kerajaan berlaku di beberapa bandar raya utama di Iran sejak tiga hari lalu, termasuk Teheran dan Khorramabad. Mereka mengoyakkan poster pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Di Teheran, penunjuk perasaan di Universiti Teheran melempar batu ke arah polis yang membalas dengan gas pemedih mata.

Orang ramai yang menyertai tunjuk perasaan di Teheran dan kanan, wanita berjalan menerusi kepulan gas pemedih mata di Universiti Teheran. - Foto RUTERS/AFP
Orang ramai yang menyertai tunjuk perasaan di Teheran dan kanan, wanita berjalan menerusi kepulan gas pemedih mata di Universiti Teheran. - Foto RUTERS/AFP

AFP melaporkan, kerajaan memberi amaran penunjuk perasaan akan ‘membayar dengan harga mahal’ ketika tunjuk perasaan merebak ke Isfahan, Mashhad dan bandar lain dengan perusuh menyerang dewan bandar raya termasuk di Teheran dan bank,

“Mereka yang meroskkan harta awam, menjejaskan keamanan dan melanggar undang-undang perlu memikul akibat perbuatan mereka.

“Penyebaran keganasan, ketakutan dan keganasan akan diperangangi,” kata Menteri Dalam Negeri, Abdolrahman Rahmani Fazli, melalui televisyen.

Apabila bantahan semakin merebak ke bandar lain, kerajaan memutuskan talian internet untuk telefon bimbit semalam namun ia sudah dipulihkan hari ini.

Tunjuk perasaan bermula di Mashhad oleh penduduk yang membantah peningkatan kos hidup serta ekonomi yang merudum. Penunjuk perasaan melaungkan slogan “Mati untuk diktator”.

Penganalisis yakin tunjuk perasaan kali ini dilakukan rakyat berpendapatan rendah yang tertekan dengan pengangguran, peningkatkan harga barangan dan skandal kewangan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2017 @ 5:21 PM