HEUNG-Min meledakkan dua gol ketika membantu Totteham menewaskan West Ham. -FOTO EPA
HEUNG-Min meledakkan dua gol ketika membantu Totteham menewaskan West Ham. -FOTO EPA
AFP

London: Son Heung-min meledakkan gol bermakna buat Tottenham untuk mencatatkan kemenangan penting 3-1 ke atas West Ham ketika dua gol yang dihasilkan pemain Korea Selatan kembali merapatkan jurang tiga mata dari kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana.

Skuad Antonio Conte itu mendahului menerusi gol sendiri Kurt Zouma sebelum Heung-min meledakkan dua gol.

Said Benrahma mengurungkan defisit namun gol kedua Heung-min pada separuh masa kedua membolehkan Tottenham merangkul kemenangan keempat dari lima perlawanan liga.

Tottenham kini melonjak ke kedudukan kelima, tiga mata di belakang pesaing, Arsenal dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Biarpun Tottenham bermain lebih banyak berbanding Arsenal, kedua-dua pasukan itu akan bertemu pada akhir musim ini.

"Hari ini kami bermain dengan sangat baik. Kami mendominasi perlawanan dari awal hingga akhir. Saya sangat gembira," kata Conte.

"Tapi sayang, sekarang adalah waktu rehat antarabangsa kerana kami berada di prestasi terbaik. Pasukan saya bertambah baik dalam banyak aspek."

Selepas meneruskan kemaraan ke suku akhir Liga Europa menewaskan Sevilla, ini adalah halangan terbesar West Ham untuk merebut empat tempat teratas.

Skuad David Moyes kini berada di kedudukan ketujuh mengekori Arsenal dengan enam mata ketika Gunners mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Manakala Tottenham tewas lima daripada tujuh perlawanan Liga Perdana mereka dalam pertemuan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2022 @ 8:20 AM